Saksi dakwa bekas menteri langgar prosedur


BEKAS menteri pendidikan Mahdzir Khalid didakwa menulis kepada Najib Razak tanpa pengetahuan pegawainya bagi mengetepikan semua prosedur untuk bayaran interim kepada kontraktor projek panel solar untuk sekolah di pendalaman Sarawak.

Kamarudin Abdullah berkata, Mahdzir menulis surat kepada Najib selaku menteri kewangan pada 19 Jul 2017, membenarkan pengecualian untuk melepaskan kira-kira RM64 juta kepada Jepak Holdings Sdn Bhd.

Kamaruddin, bekas setiausaha jabatan pemerolehan dan pengurusan aset hadir sebagai saksi pendakwaan ke-10  semasa perbicaraan membabitkan isteri bekas Perdana Menteri, Rosmah Mansor semalam.

“Beliau menulis surat itu melangkau jabatan saya,” kata Kamarudin ketika disoal Azrul Zulkifli Stork seperti dilapor portal FMT.

Sementara itu, Kamaruddin juga berkata kementerian tidak ikut prosedur dalam menganugerahkan projek solar hibrid RM1.25 bilion menerusi rundingan terus pada 20 Jun 2017.

“Jepak tidak beri dokumentasi atau kedudukan kewangannya untuk penilaian kami selepas surat setuju terima (LOA) dikeluarkan,” katanya.

Kamarudin berkata 1 LOA juga dikeluarkan tanpa 1 jawatankuasa teknikal yang sepatutnya mengadakan 1 mesyuarat Jabatan Kerja Raya untuk menjalankan penilaian projek itu.

Beliau menambah 2 LOA dikeluarkan kepada Jepak, 1 daripadanya tiada klausa menyatakan kerajaan boleh membatalkan kontrak dan mengambil alih projek itu sekiranya berlaku pelanggaran.

“Saya sediakan LOA tanpa klausa itu atas arahan Mahdzir. Beliau mengarahkan saya keluarkan klausa itu,” katanya.

Rosmah, berdepan 3 pertuduhan rasua kerana didakwa meminta suapan RM187.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Ia sebagai dorongan kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek solar untuk 369 sekolah bernilai lebih RM1.25 bilion melalui rundingan terus.

Post a Comment

0 Comments