KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) yang sebahagian anggotanya disertai pemimpin Umno dibimbangi bakal mentadbir negara dengan corak sama digunakan rejim Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan itu disuarakan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) susulan laporan media sebelum ini yang mendakwa terdapat aktivis dan ahli politik berdepan gangguan daripada agensi kerajaan melalui undang-undang menindas.
"Peningkatan semula kejadian tersebut akhir-akhir ini menunjukkan bahawa pentadbiran PN tidak berbeza dan sedia menyalahgunakan kewibawaan serta institusi negara ke atas aktivis dan penentang politik yang sah," kata Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy, dalam satu kenyataan.
Seven merujuk insiden melibatkan aktivis atau ahli politik yang disiasat polis ialah siasatan ke atas koresponden South China Morning Post di Malaysia, Tashny Sukumaran, berhubung ciapannya mengenai serbuan Jabatan Imigresen di Selangor Mansion, Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu.
Selain itu kes membabitkan pengasas Pusat Bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel; pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) R Sri Sanjeevan; aktivis masyarakat, Fadiah Nadwa Fikri, dan Ahli Parlimen Kuala Langat Dr A Xavier Jayakumar.
Cynthia difahamkan telah disoal siasat polis berhubung surat C4 pada 14 Mac lalu bertajuk ‘Anti-corruption rhetoric will never purify the unelected Perikatan Nasional gov't’.
Sevan turut membangkitkan penahanan lima aktivis dari Kesatuan Nasional Untuk Pekerja Sokongan Hospital dan Perkhidatan Bersekutu (NUWHSAS) yang terdiri daripada pekerja pembersihan hospital, ahli kesatuan sekerja, dan penyokong mereka yang menurutnya dikenakan undang-undang tidak adil.
"Individu-individu ini ditahan dan dihukum menggunakan undang-undang yang menindas dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menolak untuk menghapuskannya semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.
"Ini merupakan penghinaan terhadap perjuangan rakyat untuk demokrasi dalam PRU ke-14 dulu," tegasnya.
Menurut Sevan, ruang demokrasi tidak boleh terhakis dengan perubahan pentadbiran semata-mata atau ditumbangkan oleh kehendak ahli politik.
Sehubungan itu Suaram menggesa semua siasatan "bermotif politik" ditarik balik dan sebarang gangguan yang dikenakan ke atas musuh politik dihentikan.
Pertubuhan hak asasi itu juga menggesa siasatan bebas terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh pentadbiran serta meminta jawatankuasa terpilih parlimen untuk bersidang secepat mungkin untuk menangani masalah tersebut.

0 Comments