ORANG awam di Kajang gempar dengan penemuan satu mayat seorang lelaki dipercayai warga asing di kawasan pembinaan lebuh raya di kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima panggilan yang memaklumkan penemuan itu pada jam 8.30 pagi, semalam.
Dipercayai lelaki tersebut merupakan warga Bangladesh.
"Kita telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati mayat mangsa dalam keadaan cedera dipercayai akibat kesan tetakan," katanya melalui kenyataan media.
Ahmad Dzaffir berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian menghubungi pihak berkuasa.
"Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana balai yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Asisten Superitenden Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108," katanya.
Tambag Ahmad Dzaffir, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
0 Comments