Jaclyn Victor dilapor bercerai dengan suami


PENYANYI terkenal tanah air, Jaclyn Victor dilapor bercerai dengan suaminya yang juga vokalis kumpulan R&B antarabangsa, AZ yet, Shawn Rivera.

Memetik laporan Awani,  pengumuman perceraian yang dilakukan sendiri oleh Shawn, 48 menerusi catatan terbaharunya di Facebook dan Instagram miliknya, pada petang Sabtu.

Shawn, yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat bagaimanapun enggan mendedahkan punca penceraian itu, namun berkata ia bukan mudah bagi mereka berdua membuat keputusan untuk berpisahdan mereka  sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

"Tidak perlu untuk kami membuka pekung di dada atau memburukkan antara satu sama lain kerana kesannya nanti menimpa anak kami yang tidak berdosa.

"Walaupun berpisah, kami takkan sekali-kali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa. Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.," tulisnya.

Sementara itu Shawn juga memohon agar semua pihak dapat menghormati situasi mereka sekali gus meminta agar masing-masing tidak diganggu.

Untuk rekod, pasangan selebriti itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia pada 19 Julai 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

Post a Comment

0 Comments