Kapten TSG, Zamri Saleh masuk hospital



KAPTEN Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Zamri Saleh dilaporkan berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana dikhuatiri mempunyai masalah jantung.

Memetik laporan media, Zamri,35, tahun merasa tidak selesa dibahagian dada beberapa hari lalu.

"Dua hari lepas saya rasa tidak selesa di bahagian dada jadi saya dapatkan pemeriksaan di klinik. Hasil ujian elektrokardiogram (ECG) mendapati ada masalah jantung.

Mohd Zamri Saleh | Sumber - Google
"Saya pergi ke sebuah hospital swasta dan hospital tersebut pindahkan saya ke HSNZ.

"Doktor di HSNZ telah menjalankan pemeriksaan sekali lagi dan memaklumkan akan merujuk saya ke IJN (Institut Jantung Negara) dalam masa terdekat," katanya dipetik laporan oleh Bernama.

Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) HSNZ dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sebagai rekod, TSG yang dipimpin Zamri menduduki ranking No. 1 dalam Jelajah Asia berdasarkan senarai rasmi yang dikeluarkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Pencapaian itu menyaksikan TSG berjaya mengatasi pasukan gergasi lain seperti Astana Motors dari Kazakhstan yang jatuh ke ranking keenam dan Aisan R­acing Team dari Hong Kong yang jatuh ke ranking ke-20.


BACA: Jaguh basikal negara kutip pingat
BACA: Afiq kuasai remaja kebangsaan

Sepanjang kariernya, Zamri pernah merangkul beberapa kejayaan termasuk mencipta kejayaan berganda pada edisi ke-50 perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2014 (JM2014).

Sementara itu, Zamri sepatutnya berlepas ke China semalam untuk menyertai siri kejohanan antarabangsa.

Ketika menyertai sebuah kejohanan di Jepun tiga minggu lepas, Zamri dimasukkan ke hospital di sana kerana pitam dan disahkan hanya mengalami dehidrasi.

Post a Comment

0 Comments