Pengkaji UK temui bukti vaping lebih selamat


DISEBALIK propaganda memburukkan penggunaan rokok e-elektronik, terbukti golongan penghisap rokok boleh mendapat manfaat kesihatan lebih baik jika beralih ke peranti itu dan meninggalkan rokok konvensional.

BBC dalam laporan terbahru mereka berkata, satu kajian selama sebulan terhadap 114 perokok menunjukkan 'vaping' berpotensi mengurangkan serangan jantung dan serangan angin ahmar.

Dalam kajian dilakukan oleh pasukan dari Universiti of Dundee , pengkaji mendapati fungsi vaskular perokok meningkat dengan ketara setelah mereka menggunakan rokok elektronik.

Vape diakui lebih selamat berbanding rokok konvensional
Walaupun vaping 'tidak sepenuhnya selamat' namun ia lebih baik berbanding menghisap rokok konvensional yang dijual secara meluas. 

"Bahan kimia dalam asap rokok apabila menyentuh arteri menambah potensi saluran darah menjadi sempit yang akhirnya menggandakan risiko anda mengalami serangan jantung," kata laporan itu.

Sebagai rekod, United Kindom (UK) telah meregulasi penggunaan Vape. 

BACA: Rokok elektronik: Abdullah Sani selar Menteri Kesihatan

Kerajaan negara itu juga difahamkan mengeluar nasihat bahawa vaping adalah 95% lebih selamat daripada merokok.

Mereka menyarankan pengisap rokok konvensional beralih ke rokok elektronik namun menegaskan bahawa peranti itu bukan untuk digunakan golongan bukan perokok.

Sementara itu dalam kajian dilakukan, saluran darah sukarelawan telah dipantau selama sebulan selepas mereka beralih ke rokok elektronik.

Ia bagi melihat bagaimana saluran darah dapat kembali mengembang lebih sihat.

Hasilnya yang diterbitkan dalam Journal of the American College of Cardiology, menunjukkan:
  •     Bukan perokok yang sihat mempunyai skor 7.7%
  •     Perokok mempunyai skor 5.5%
  •     Tetapi mereka yang beralih kepada nikotin e-rokok selama sebulan mempunyai skor 6.7%
"Kami kini mempunyai bukti jelas bahawa ia (Vape) kurang berbahaya daripada rokok tembakau." kata seorang pengkaji Professor Jacob George dipetik laporan itu.

Msia adalah pengeluar kedua terbesar cecair vape
Sementara itu,  Prof John Britton, pengarah pusat UK untuk pengajian tembakau dan alkohol di University of Nottingham pula berkata: "Percubaan rawak ini memberikan bukti jelas pengurangan risiko penyakit kardiovaskular pada orang yang beralih dari merokok ke vaping.

"Penemuan kajian ini bahawa vaping kurang berbahaya daripada merokok, secara intuitif betul.

"Ia  berdasarkan alasan tahap pelepasan pencemaran dalam wap reletif lebih rendah berbanding tembakau." jelasnya.