Tujuh pelatih pusat serenti larikan diri



ORANG awam sekitar Raub digesa segera menghubungi pihak polis sekiranya ada maklumat berhubung kehilangan tujuh pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sungai Ruan yang melarikan diri pagi Semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, tujuh pelatih itu sedang diburu pihak polis.

Menurutnya, kesemua mereka dipercayai telah melarikan diri melalui tingkap tandas asrama pusat terbabit sebelum keluar melalui pagar belakang pusat itu dan dipercayai menuju ke arah Taman Dahlia, Sungai Ruan.

Tujuh individu yang melarikan diri
"Tujuh pelatih terbabit itu ialah Tan Sian Soon, 44; Johari Mahamad, 50; Mohd Yunus Abu Bakar, 44; P. Suris, 39; Ng Swee An, 47; Azreen Kusai, 36; dan Ooi Chuan Tat, 42.

Tambahnya, ketika ini pihak berkuasa masih dalam usaha mengesan mereka.

"Seramai tiga pegawai dan 13 anggota polis daerah ini dibantu 40 pegawai dan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaaan (AADK) dan juga CCRC Sungai Ruan telah dan sedang membuat langkah pengesanan ke atas semua pelatih sekitar Raub," katanya dalam satu kenyataan.

Susulan itu tambahnya, orang awam boleh menghubungi talian 09-355 2223/355 1192 atau ke balai berhampiran masing-masing jika ada sebarang maklumat mengenai mereka. 

Post a Comment

0 Comments