MAHKAMAH Amerika Syarikat (AS) dilapor mengarahkan Johnson & Johnson (J&J) membayar ganti rugi sebanyak AS$2.1 bilion (RM8.9 bilion) kepada 22 plantif.
Ia susulan keputusan bahawa bedak talkum yang dijual oleh syarikat gergasi farmasi menyebabkan kanser ovari.
Memetik laporan AFP, keputusan itu menyusul selepas Mahkamah Rayuan Missouri mengurangkan lebih daripada separuh ganti rugi bernilai AS$4.4 bilion (RM18.7 bilion) yang diberikan juri kepada plaintif pada tahun 2018.
Difahamkan, pemberian ganti rugi oleh susulan syarikat itu didakwa dengan sengaja menjual produk yang mengandungi bahan asbestos kepada pengguna.
Sebelum ini syarikat terbabit menghadapi ribuan tuntutan undang-undang di seluruh AS, J&J gagal memberi amaran kepada pengguna mengenai risiko menghidapi kanser dari bahan produk berasaskan talkum itu.
Sementara itu, jurucakap J&J berkata, syarikat itu akan merayu terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Agung Missouri.
Pada bulan lalu, firma itu mengumumkan akan menghentikan pengeluaran bedak bayi di AS dan Kanada berikutan proses perbicaraan undang-undang di mahkamah yang berterusan terhadap produk tersebut.
0 Comments