Bekas calon Bersatu ditahan miliki 1.5 kilogram ganja


SEORANG
pemimpin Pemuda Bersatu dilapor ditangkap polis atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah besar.

Memetik laporan media, pemimpin yang tidak dinamakan itu ditahan pada Rabu lalu.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Razarudin Husain mengesahkan kes ini dan ia di bawah siasatan polis Kuala Lumpur.

Sumber dalaman polis dipetik laporan Malaysiakini hari ini berkata,  polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM60,000.

Hasil maklumat orang awam, polis menahan suspek berusia 35 tahun itu di Fraser Business Park di Kuala Lumpur sebelum serbuan ke kondominium suspek di Ampang, Selangor ilakukan pada hari sama.

"Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.

"Kami juga menemui daun kering ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas," kata sumber lagi seperti dilapor.

Susulan itu polis dilapor turut menahan isteri suspek berusia 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Ketiga-tiganya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Malaysiakini dalam laporanya tidak nama ahli politik itu, namun mendakwa suspek pernah menjadi calon Bersatu di kerusi Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
 
Sebagai rekod, ini bukan kali pertama seorang tokoh Bersatu disiasat atas kes berkaitan dadah.

 Nilai rampasan kira-kira RM60,000
Pada Januari tahun lalu, Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah merupakan antara yang ditahan dalam satu serbuan berkaitan dadah di Kuala Lumpur.

Walau bagaimanpun, laporan patologi Adhif mendapati ujian air kencingnya negatif dan Pejabat Peguam Negara mengarahkan semua siasatan diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA).

Post a Comment

0 Comments