Helikopter perubatan terhempas, 5 dilapor maut


SEBUAH
helikopter Netcare 911 dilapor terhempas di Bergville, wilayah Kwazulu-Natal (KZN) Afrika Selatan pada Khamis mengorbankan lima nyawa.

Insiden itu dilaporkan Agensi Berita Xinhua dan disahkan Pengarah Urusan Netcare Craig Grindell.

Antara yang terkorban ialah juruterbang dan empat krew kesihatan dalam helikopter yang digunakan bagi tujuan perubatan itu.

Menurut Netcare, helikopter itu terhempas ketika dalam perjalanan untuk mengambil pesakit di KZN.

"Krew dalam perjalanan ke sebuah hospital di Hillcrest, sebelah barat Durban, untuk memindahkan pesakit ke Netcare Milpark Hospital di Johannesburg untuk rawatan khusus.

"Kami sangat sedih dan bersimpati dengan keluarga dan rakan mangsa. Helikopter itu membawa seorang juruterbang dan empat pegawai kesihatan," kata Grindell.

 5 maut dalam insiden helikopter terhempas
Maklumat terperinci berhubung nahas masih belum dapat dipastikan.

Saksi kejadian berkata helikopter itu meletup sebelum terhempas. Rakaman video helikopter itu terbakar turut disiarkan di Twitter.

Post a Comment

0 Comments