Malaysia perlu sehingga 200,000 ujian Covid-19 sehari

 


MALAYSIA
memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 ujian bagi mengenalpasti jangkitan Covid-19 setiap hari.

Pandangan itu disuarakan Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dan pakar pediatrik yang membidas rancangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melaksana sehingga hanya 100,00 ujian sehari.

Pengerusi STFC, yang juga bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian dalam skala lebih besar perlu ditingkatkan kerana Malaysia melaporkan “4,000 kes Covid-19 setiap hari” dan jumlah difikirkan KKM itu tegasnya tidak mencukupi.
 
“Bolehkah ujian PCR mencapainya?” katanya, merujuk kepada ujian RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction).

“Tidak boleh, tidak mungkin,” katanya di Twitter.

Mengulas lanjut Dzulkelfy berkata, Malaysia perlu mengunakan kit ujian “rapid antigen” (RTK-Ag) yang “cepat dan murah” bagi menangani kekangan ujian RT-PCR itu.

Untuk menghentikan gelombang jangkitan ketiga, yang diramalkan oleh WHO akan menyaksikan lebih 5,000 kes setiap hari pada akhir bulan depan, wujud keperluan untuk mengatasi kadar penyebaran virus, tambah Ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Pandangan serupa turut disuarakan pakar pediatrik Dr Amar Singh HSS yang berpandangan tempoh ‘turnaround’ ujian PCR masih terlalu perlahan.

Dalam muatnaik di laman Twitternya, Dr Amar Singh berkata, ujian PCR memerlukan tiga hingga lima hari untuk mendapatkan hasil, sekali gus mengehadkan nilainya.

“Kita memerlukan 100,000 ujian ‘rapid antigen’ di lapangan dan menggunakan ujian PCR untuk kegunaan di wad kemasukan,” katanya, selain menambah keputusan ujian antigen dapat diperoleh dalam masa satu jam," jelasnya.

 Tempoh ‘turnaround’ ujian PCR lambat
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian berharap dapat meningkatkan kapasiti ujian Covid-19 kepada kira-kira 100,000 sehari dan akhirnya menjadi 150,000 sehari.

Walau bagaimanapun tegasnya, ada keperluan untuk makmal baru dibina dan kapasiti makmal sedia ada perlu ditingkatkan.

Post a Comment

0 Comments