HARAPAN tak mahu jatuh lubang sama dua kali


PENYOKONG
Pakatan Harapan (HARAPAN) wajar mengambil pendirian bersabar sementara gabungan itu berusaha mengembalikan mandat rakyat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Setiausaha sekretariat HARAPAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu bagi memastikan HARAPAN tidak mengulangi kesilapan sekali lagi.

"Kita harus cermat, harus hati-hati supaya pisang tak berbuah dua kali dan jatuh dalam lubang yang sama berkali-kali," katanya dalam wawancara dengan akhbar harian berbahasa Cina, Kwong Wah baru-baru ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu dipercayai mengulas isu calon perdana menteri gabungan itu yang sehingga kini belum diselesaikan.

Menurutnya, kepimpinan tertinggi gabungan itu memahami kegelisahan penyokong, namun perubahan pentadbiran negara perlu dilakukan dengan cara sepatutnya.

"Kita mesti beri jaminan yang kerajaan yang dibentuk itu sustainable, tak ada makna ambil alih kerajaan, bergaduh sesama kita," katanya.

Terdahulu, isu calon perdana menteri telah menyebabkan penyokong HARAPAN mengkritik sesama sendiri.

Beberapa pemimpin dari DAP dan Amanah pula mendesak Pengerusi HARAPAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendiriannya.

Susulan itu, KEADILAN dalam satu kenyataan minggu lalu menegaskan bahawa mereka kekal pada keputusan awal gabungan itu yang mencalonkan Anwar sebagai perdana menteri.

Mereka tegas menolak cadangan agar Tun Dr Mahathir Mohammad diberi peluang untuk dilantik buat kali ketiga ke jawatan itu walaupun  Anwar dijamin jawatan Timbalan Perdana Menteri sebelum jawatan itu diserah sepenuhnya kepada Anwar selepas tempoh enam bulan.

BACA: KEADILAN tegas, tolak Mahathir jadi calon PM

KEADILAN berkata, perubahan kuasa di Putrajaya bukan sekadar untuk mengambil semula mandat rakyat, namun ia bagi memastikan negara dan ekonomi rakyat dapat dibina semula.

Seorang ahli akademik dalam satu dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan memberi pandangan bahawa sewajarnya pemimpin DAP dan Amanah memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi perdana menteri berbanding mempromosikan Dr Mahathir.

BACA: DAP, Amanah wajar sokong Anwar, bukan Tun M
BACA: Anwar mampu lebih hebat berbanding Tun M


Manakala seorang lagi ahli akademik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) melihat Anwar sebagai pemimpin yang mampu membawa momentum baru kepada gabungan itu berbanding Mahathir.
 

Post a Comment

0 Comments