Hafizh Syahrin gegar pentas lumba basikal



PELUMBA MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah bukan sahaja mampu menunjukkan gaya tunggangan luar biasa di atas litar. Malah tidak kurang hebat dalam acara sukan lain.

Terbaharu, Hafizh berjaya membolot tempat kedua dalam acara ‘terbuka lelaki’ kejohanan lumba basikal RHB- Lekas Highway Ride 2019.

Dalam kategori itu, Hafizh mencatatkan masa 01:54:59. Beliau turut menempatkan diri di posisi ke-enam keseluruhan bagai perlumbaan sejauh 78 kilometer.

“Alhamdullilah P2 78km men’s open, Kesilapan kecil di garisan penamat.

“Tak apa, perlumbaan pertama pengalaman pertama” tulisnya di laman rasmi Facebooknya Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 Pescao.

Dikalangan peminat dunia berbasikal, Hafizh bukan nama asing.

Beliau sering meluangkan waktu cutinya untuk mengadakan latihan bersama pelumba basikal elit negara bagai memastikan dirinya sentiasa dalam keadaan cergas.

Beliau baru-baru Hafizh melalui perkongsiaan di laman facebooknya juga dilihat turut meluangkan masa bermain bola sepak bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Post a Comment

0 Comments