5G: Bakal uji di 5 negeri



UJIAN kepantasan Teknologi Generasi Kelima (5G) akan dikembangkan di lima negeri iaitu Kedah, Perak, Terengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan dalam masa terdekat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, selepas ujian di jalankan di Cyberjaya dan Putrajaya ada permintaan tinggi dari negeri-negeri terbabit agar ujian kepantasan teknologi 5G turut dijalankan

“Permintaan tinggi dari semua lokasi seluruh Malaysia (tetapi) kita fokus lima negeri itu sebagai permulaan. 
Gobin ketika menyampaikan ucapan | Pic- The Leaders
“Ini tidak bermakna kita berhenti di situ. Kita kembang kepada lima negeri mengikut keadaan serta tuntutan,” katanya dalam satu sidang media.

Mengulas lanjut, Gobin berkata, pelbagai aspek akan dinilai termasuk keselamatan, infrastruktur baharu dan menaik taraf infrastruktur sedia ada sebelum negara menguna pakai rangkaian terbaru itu.

Antara yang dikenal pasti, kata beliau, ialah masalah dalam pelbagai sektor industri jika teknologi itu diperkenal.
“Dari segi boleh atau tidak, boleh memang kita akan laksanakan teknologi 5G. Tetapi kita kena lihat beberapa aspek dalam perhatian kita.

“Empat tajuk yang saya sebutkan umpama perundangan, keselamatan dan sebagainya. Kalau kita gunakan 5G apakah masalah yang timbul dan bagaimana kita nak selesaikan,” jelas Gobind lagi

Post a Comment

0 Comments