Belum rezeki! isteri Shukri Yahya keguguran


“SIAPA tak kecewa apabila isteri mengalami keguguran tapi saya reda dan anggap tiada rezeki,” kata pelakon Mohd Shukri Yahya.

Shukri,31, pada majlis pelancaran Festival Perlumbaan Toyota Gazoo baru-baru ini mendedahkan isteri tercinta, Tya Adnan mengalami keguguran sekitar April lalu.

Menurutnya, meskipun kecewa dia bagaimanapun reda dan menganggap kehilangan itu sebagai tiada rezeki bagi mereka menimang cahaya mata baru.

Isteri saya mengalami keguguran pada April lalu selepas dia mengalami sakit perut. Alhamdulillah isteri berada dalam keadaan baik.

“Saya kecewa tetapi reda kerana saya sememangnya mengimpikan kehadiran cahaya mata lelaki,” katanya.

Shukri dan Tya disatukan pada tahun November 2015, mereka dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Aaira Ameena yang kini berusia tiga tahun.

“Doakan impian saya untuk menimang anak lelaki dimakbulkan Tuhan,” katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments