HUAWEI Y9 Prime sudah hadir ke M’sia




HUAWEI Malaysia mahu meluaskan penguasaan telefon pintar mereka di Malaysia melalui model baharu Huawei Y9 Prime.

Gajet itu bakal ditawarkan pada harga RM899 dan bakal dijual di pasaran tempatan bermula Sabtu ini.



Ciri paling menarik didatangkan pada gajet ini ialah kamera swafoto yang dikuasakan dengan 16 megapixel (MP) yang tersembunyi. Ia akan keluar dari peranti apabila ingin digunakan.

Pengguna tidak perlu bimbang berhubung penggunaan kamera mekanikal ini kerana ia direka untuk bertahan lebih daripada 100,000 kali pop-naik.

Selain itu, Huawei Y9 Prime turut dikuasakan dengan cip pemproses Kirin 710F. IA dipadankan dengan keupayaan memori (RAM) 4GB bersama storan 128GB untuk penggunaan yang lancar.

Bagi kamera utama, gajet ini dilengkapi tiga lensa dengan resolusi gabungan 16MP + 8MP + 2MP untuk menghasilkan gambar berkualiti untuk pengguna.

Selain menggunakan teknologi fotografi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kualiti gambar yang terakam. Ia turut mampu mengambil gambar ‘Wide Angle’ dengan imej bermutu tinggi.

Skrin Huawei Y9 Prime berukuran 6.59 inci dengan paparan Ultra FullView pula menghasilkan tona warna paparan yang lebih baik.


Fitur lain yang terdapat pada telefon pintar ini adalah bateri berkapasiti 4,000mAh yang mampu menjamin ketahanan peranti walaupun sudah digunakan secara maksimum sepanjang hari dan pengecas sambungan USB Type-C.


Bagi pengemar musik, Huawei Y9 Prime turut didatangkan dengan bicu audio 3.5mm.

Peranti terbaru ini didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu Midnight Black, Sapphire Blue serta Emerald Green.

Post a Comment

0 Comments