Pelakon ditahan kes dadah



PELAKON Jefri Nichol ditahan pihak polis negara Indonesia berhubung dakwaan terbabit kes dadah.

Dipetik laporan portal Liputan6, aktor yang dikenali menerusi filem Jailangkung itu kini berada di Pejabat Polis Daerah Jakarta Selatan.

Ketua Perhubungan Awam Pejabat Polis Daerah itu yang dikenali sebagai Suharyono mengesahkan tangkapan tersebut pada petang Selasa.

Beliau bagaimanapun mengulas lanjut mengenai penahanan tersebut sehinggalah siasatan selesai.
“Benar… sudah dilakukan tangkapan, Jefri ditahan petang Selasa.

“Kita tunggu siasatan dahulu, nanti kita sampaikan maklumat terkini,” katanya dipetik laporan media.
Hasil tinjauan di Instagram miliknya mendapati ramai peminat aktor itu terkejut dengan berita penangkapan tersebut.

Malah pengurusnya sendiri yang dikenali sebagai Faisal turut meluahkan rasa tidak percaya terhadap tuduhan dikenakan kepada Jefri. 

“Saya beberapa kali syuting sama dia nggak tau dia make.

“Nggak ada (gerak-gerik mencurigakan), gue masih nggak percaya. Karena gue kenal Jefri bukan orang yang pemake,” kata Faisal dipetik.

Post a Comment

0 Comments