ADA satu tempat yang dinamakan sebagai
Body Farm, tempat ni merupakan tempat kajian sains macam mana tubuh
manusia mereput. Biasanya terdiri dari ahli forensik polis, itu sebab
polis boleh anggar berapa hari orang tu mati disebabkan kajian dari body
farm ni.

Sebelum tahun 70an, kajian pasal benda ni
banyak dilakukan menggunakan babi tapi semua tu berubah bila seorang
doktor yang bernama Dr William Bass membuat ladang manusia reput ni pada
tahun 1972 dekat Universiti Tennessee, Amerika.
Dia mendapat idea untuk buat ladang ni
disebabkan dia pada mulanya mendapat satu kerja untuk mengenalpasti
mayat pada perang saudara.
Tapi masa tu dia tengok satu kubur milik
seorang panglima tentera terusik, bila tengok mayat masih lagi macam
baru mati, rupanya mayat tu bukan lah mayat panglima tentera tapi milik
orang lain yang dibunuh ditempat lain dan diletakan dalam kubur lama tu.
![]() |
Mayat manusia yang dibiarkan mereput |
Rupanya dia silap, mayat nampak baru
sebab keranda yang dipakai tu kedap udara dari keadaan mayat masih lagi
elok, dari situ lah dia terfikir untuk buat kajian lanjut macam mana
manusia ni mati dan mereput untuk membantu pihak forensik.
Kebanyakkan mayat yang ada dekat body farm ni terdiri dari orang yang derma badan untuk sains atau orang yang tiada waris untuk dituntut. Dekat ladang ni ada lebih kurang 1700 mayat untuk dikaji dan dikatakan 4000 lagi menanti, dah ada orang sudi serahkan mayat sendiri untuk dibuat kajian lanjut.
Kebanyakkan mayat yang ada dekat body farm ni terdiri dari orang yang derma badan untuk sains atau orang yang tiada waris untuk dituntut. Dekat ladang ni ada lebih kurang 1700 mayat untuk dikaji dan dikatakan 4000 lagi menanti, dah ada orang sudi serahkan mayat sendiri untuk dibuat kajian lanjut.
![]() |
Mayat diletak dipelbagai situasi |
Mayat dibiarkan dalam beberapa cara,
contohnya dalam air, dalam semak, dan ada juga mayat diletakan dalam
sangkar. Hasil dari kajian tu kita akan tahu perbezaan dan berapa lama
untuk mereput.
Contoh apa jadi kalau mayat orang bunuh
dan buang dalam sungai atau lombong, jadi polis akan guna maklumat dan
data yang diperolehi dari tempat macam ni.
0 Comments