6.22 juta dijangkiti Covid-19, 373 ribu maut dicatatkan


JUMLAH kes positif koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia sehingga pagi tadi dilapor melebihi 6.22 juta.

Menurut data dari Johns Hopkins University, dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, terdapat pertambahan lebih 100,000 kes jangkitan baharu.

Amerika Syarikat (AS) menurut data dikeluarkan Johns Hipkins kekal mendahului kes jangkitan wabak dengan 1.7 juta kes.

Negara itu menjadikannya satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi 1 juta

Brazil pula berada di belakang AS dengan umlah kumulatif positif jangkitan setengah juta kes manakala Rusia ketiga dengan lebih 400,000 ke telah dilaporkan.

Sementara itu, United Kingdom, Sepanyol dan Itali yang sebelum ini terjejas teruk masing-masing mencatatkan jumlah jangkitan melepasi 200,000.

Sementara itu, AS juga kekal tertinggi mencatatkan jumlah korban berkaitan wabak itu.

Data sama dari Johns Hopkins setakat pagi tadi AS mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 104,000 kes setakat ini.

United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 39,000 dan 33,000 kes kematian.

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja menurut data itu mencatatkan 2,000 kes kematian dengan jumlah kumulatif kematian seluruh dunia kini melepasi angka 373,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh.

Sebanyak 2.67 juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

Post a Comment

0 Comments