Perkembangan wabak Covid-19 seluruh dunia


ANGKA kematian akibat pendemik koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia mencatatkan kenaikan 5,000 kes dalam tempoh 24 jam sehingga pagi ini.

Perkembangan terbaru itu menjadikan kumulatif kematian melepasi 393,000 kes, menurut statistik dikeluarkan Johns Hopkins University

Setakat kini, Amerika Syarikat (AS) kekal mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 108,000 kes, manakala Brazil, United Kingdom dan Itali telah mencatatkan angka korban melebihi 34,000.

Sementara itu, jumlah kes positif Covid-19 di seluruh dunia telah melebihi 6.58 juta kes.

Dalam tempoh 24 jam menurut statistik yang dikeluarkan Johns Hopkins, terdapat pertambahan 130,000 kes jangkitan baharu.

AS, satu-satunya negara yang mempunyai angka positif melebihi 1 juta telah mencatatkan 1.89 juta kes.

Brazil kini menjadi negara kedua tertinggi dengan jumlah kumulatif positif jangkitan 614,000 kes manakala Rusia ketiga dengan melebihi 449,000 kes.

India kini menyertai United Kingdom, Sepanyol dan Itali yang berada pada kelompok negara mempunyai angka jangkitan melebihi 200,000 kes.

Mexico hari ini menyertai negara yang mempunyai angka positif melebihi 100,000 bersama Perancis, Jerman, Peru, Turki, Iran dan Chile.

Negara lain masih merekodkan angka jangkitan di bawah 100,000 namun Kanada, Arab Saudi dan Pakistan melepasi angka jangkitan di China tempat berasalnya virus itu dengan jumlah melebihi 84,000 kes.
 
Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh.

Hampir 3 juta juta pesakit sembuh di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.

Post a Comment

0 Comments