Laporan: Choong dakwa PM janji jawatan, dedah nama 2 'orang tengah'

AHLI PARLIMEN Tebrau yang mengkhianati undi rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu mendedahkan bahawa Muhyiddin Yassin ada menjanjikan jawatan rasmi kepadanya.

Dipetik laporan yang disiar hari ini, Steven Choong turut mendedahkan dua nama yang menurutnya menjadi orang tengah yang membawanya berjumpa Muhyiddin.

“Saya bertemu perdana menteri pada Februari tahun ini.

"Kami berbincang selama kira-kira satu jam, dan Zuraida ada bersama," katanya dalam wawancara dengan program ehwal semasa China FengRenGuan yang kemudian dilapor kembali portal Malaysiakini.

Selain Zuraida, Choong turut menyebut nama Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin sebagai individu yang sering berhubung dengannya.

Pada 28 Februari lau, Choong bersama ahli parlimen Julau Larry Sng keluar KEADILAN untuk menyokong Muhyiddin sebagai ahli parlimen bebas.

Sehingga kini rakyat mengkritik tindakan kedua-dua mereka dengan menggelar tindakan tersebut sebagai satu pengkhianatan.

Tindakan itu dilakukan ketika Muhyiddin didakwa sudah hilang sokongan dalam Dewan Rakyat ssulan tindakan dua Ahli Parlimen Umno yang secara terbuka menarik semula sokongan mereka.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada 27 Febuari lalu mendakwa ada gerakan 'menarik' Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Muhyiddin. Ia dilakukan sama ada dengan ugutan atau dengan cara menawar ganjaran.

 Choong umum sokong PN pada Febuari lalu
Dua Ahli Parlimen, Natrah Ismail (Sikijang) dan Awang Husaini Sahari (Putatan) turut mendedahkan didatangi individu yang cuba memujuk mereka agar menyokong kerajaan yang dikepalai Muhyiddin.

Bagaimanapun kedua-dua mereka menolak ajakan itu dengan menegaskan bahawa mereka mahu mempertahankan prinsip perjuangan reformasi dibawa mereka.

Sementara itu dipetik laporan serupa Choong berkata, walaupun dia belum diberi jawatan khusus, dia telah menerima lampu hijau untuk memulakan tugasnya seperti mengumpulkan maklum balas dari PKS.

"Jika Muhyiddin tidak ikhlas, dia tidak akan mengizinkan saya melakukannya," katanya lagi.

Sebagai rekod,dua hari sebelum mengumumkan menyokong Muhyiddin, Choong secara terbuka ada menafikan akan melakukan tindakan tersebut.

“Ketika itu, saya benar-benar ingin mengakuinya. Tetapi saya tidak dapat melakukannya kerana saya baru berjumpa PM beberapa hari sebelumnya dan PM membuat janji lisan bahawa saya akan diberi jawatan. Tidak ada keputusan mengenai jawatan apa,” katanya dipetik laporan itu.

Post a Comment

0 Comments