TUJUH individu rakyat tempatan sebahagian dari 10 kes baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, tujuh individu itu adalah 5 di Selangor, iaitu 4 daripada kluster membabitkan sebuah rumah penjagaan warga emas di Kuala Selangor, dan 1 daripada saringan pusat tahfiz.
Dua lagi membabitkan masing-masing satu kes rakyat tempatan di Sabah dan Sarawak.
Baki tiga individu lain yang melibatkan bukan warganegara adalah masing-masing satu kes di Wilayah Pesekutuan, Negeri Sembilan, dan Sabah.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kes positif wabak itu di Malaysia setakat hari ini adalah seramai 8,515 kes.
Sementara bilangan pesakit yang dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar wad hari ini seramai 140 orang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih adalah seramai 7,873 orang.
Menurut Dr Noor Hisham, kes aktif dirawat di hospital adalah seramai 521 kes dengan 4 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Beliau turut memaklumkan tiada kematian hari ini dan jumlah korban kekal 121 kes.
Kluster baru
Dalam perkembangan serupa, Dr Noor Hisham memaklumkan pihaknya telah mengenal pasti kluster berkaitan kes kematian ke-120 di Sabah.
“Kes pertama kluster ini (iaitu kes ke-8403) seorang warga emas yang meninggal dunia di rumah pada 12 Jun akibat komplikasi sakit jantung. Saringan Covid-19 dijalankan dan beliau didapati positif.”
Mangsa jelasnya sebelum ini mendapatkan rawatan penyakit jantung di Hospital Queen Elizabeth II.
Susulan itu aktiviti saringan terhadap kontak rapat telah dijalankan dan semua tempat yang dikenalpasti terdedah termasuk di wad dan rumah mangsa telah dijalankan. menurutnya kakitangan wad turut dikesan positif.
Difahamkan sehingga 12 tengah hari tadi, seramai 63 individu dikenalpasti serta disaring dan punca jangkitan kluster ini adalah masih dalam siasatan.
0 Comments