Wisma negeri ditutup sementara kerana Covid-19


SETIAUSAHA
Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik memaklumkan sebuah jabatan di Wisma Negeri di seremban ditutp sementara.

Tindakan itu dibuat selepas salah seorang kakitangannya dikesan positif koronavirus (COVID-19) selepas menjalani ujian pengesanan baru-baru ini.

Susulan perkembangan itu kata Dr Razali,tindakan lanjut akan diambil bagi memastikan kawasan tersebut kekal selamat dan dapat berjalan seperti biasa.

“Setelah siasatan dan perbincangan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan Negeri, jabatan tersebut ditutup selama dua hari bagi kerja-kerja pembersihan dan tindakan sewajarnya.

”Bagaimanapun, operasi jabatan lain di Wisma Negeri boleh berjalan seperti biasa berdasarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus Bilangan 3 Tahun 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Dr Razali menegaskan bahawa pihak pentadbiran negeri akan terus kekal berhati-hati dengan ancaman wabak itu dan pihaknya akan mengambil langkah perlu bagi menjaga kepentingan warga kerja dan pelanggan yang berurusan dengan kerajaan negeri.

Post a Comment

0 Comments