Malang tidak berbau, seorang pemandu van maut secara tragis apabila ‘dirempuh’ tayar di Pulau Pinang pagi semalam.
Dalam kejadian di Kilometer 156.1, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Jawi itu, mangsa Hawazi Ismail, 47, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di dada selain kaki dan tangan kiri patah akibat rempuhan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul
Samad dipetik berkata, sebelum kejadian, Hawazi dalam perjalanan ke
Batu Kawan.
Mangsa berhenti di lorong kecemasan untuk menukar tayar
belakang van dipandunya yang pecah.
Namun ketika mangsa mahu meletakkan alat penanda segi tiga kecemasan
di bahagian belakang van, secara tiba-tiba sebiji tayar daripada sebuah
treler yang tercabut menghentam mangsa.
Tambah Shafee, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan 1987.Pihaknya telah mengambil keterangan pemandu
treler berusia 38 tahun terbabit.
Artikel disiarkan di Kartel pada 20 Julai 2019
Artikel disiarkan di Kartel pada 20 Julai 2019
0 Comments