Apa punca masalah air di S’gor?


AIR yang bersih sangat penting dalam kehidupan. Sebagai khazanah alam tidak ternilai ia wajar dihargai.

Sedarkah kita, muka bumi terdiri dari 71 peratus air. Sungai, tasik, glasier, akuifer dan laut mengandungi air. Ia juga wujud disekeliling kita dalam bentuk wap air.

Dalam kehidupan, air bersih digunakan hampir dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sahaja untuk minum, ia turut digunakan untuk menyempurna kegiatan harian manusia seperti membasuh, mandi, beribadat dan sebagainya. 

Allah SWT melalui al-Quran menjelaskan peri penting air dengan maksudnya: “… dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup, maka mengapa kamu tidak mahu beriman? – Ayat 30, surah al-Anbiya.

Bukan hanya kepada manusia, air sangat penting buat haiwan dan tumbuh-tumbuhan, malah kepada keseluruhan sistem ekologi itu sendiri. Namun apa terjadi jika sumber air ini tidak dilindung?

Tidak bertanggungjawab

Baru-baru ini rakyat Selangor dan Kuala Lumpur sekali lagi berdepan krisis air. 

Jutaan rakyat di 1,133 kawasan sekitar Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terkesan dengan gangguan bekalan air tidak berjadual.

Gangguan itu berpunca dari gangguan hentitugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor (LRA SSP1,SSP2 dan SSP3) yang dipercayai berpunca dari tindak tanduk pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang melepaskan bahan cemar ke dalam aliran Sungai Selangor.

Sebagai rekod, Lembaga Urusan Air Selangor sebelumnya mengesan pencemaran bau serta lapisan minyak hitam di Inlet masuk Loji Indah Water Konsortium.

Ujian dilakukan di discharge point, Bandar Batang Kali mendapati bau (6 tone) yang dikesan di final discharge point ke Sungai Liam.

Sebagai langkah kawalan awal, sebanyak 6 beg activated carbon (AC) telah diletakkan di aliran punca di kawasan Sungai Liam bagi menyahcemar kawasan terjejas.

Tahukah kita, untuk mana-mana LRA berfungsi, kualiti air yang mahu dirawat dan disalurkan kembali ke pengguna harus dalam keadaan baik. 

LRA akan menghentikan tugas jika mengesan apa-apa bentuk pencemaran sekaligus akan menyebabkan bekalan air kepada pengguna terganggu.

Tindakan pentingkan diri pihak tidak bertanggungjawab yang membuang sisa pencemaran ke dalam sumber air bukan sahaja menyusahkan jutaan orang lain. Ia juga menyebabkan ratusan kakitangan dari puluhan agensi terpaksa berkorban masa mengatasi masalah itu.

Post a Comment

0 Comments