Tragedi Bukit Batu Condong



SEORANG wanita maut akibat terjatuh di kawasan berbatu di kawasan pendakian Bukit Batu Condong, Kemensah, Ampang, Sabtu lalu.

Mangsa, Syarfalili Shaharir, 31, sebelumnya memulakan pendakian bersama tiga rakannya sebelum tergelincir ke tebing curam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.12 pagi. 

Susulan itu pihaknya menghantar lapan anggota penyelamat dan seorang pegawai ke lokasi kejadian.

Mangsa dibawa turun oleh penyelamat. 
Pic- BBP Ampang
“Mangsa, mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh di kawasan berbatu di bukit tersebut.

“Anggota bomba kemudiannya membawa mangsa turun ke kaki bukit dengan menggunakan pengusung dan dibantu oleh 18 anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) melalui trek yang dianggarkan sejauh 4 Kilometer,” kata pihak Bomba dalam satu kenyataan.

Mangsa berjaya dibawa turun ke kaki bukit kira-kira pukul 3.20 petang dan dikejarkan ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Post a Comment

0 Comments