SEORANG bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menganggotai semula parti itu selepas beberapa pemimpin parti itu yang dianggapnya sebagai 'pembelot' dipecat dan meninggalkan parti itu.
Dominique Ng, bekas ADUN padungan yang keluar dari parti itu pada 2011 menyertai semula KEADILAN semalam
Kata peguam itu, beliau memikirkan perkara itu untuk tempoh yang panjang kerana beliau keluar parti 9 tahun lepas “dengan perasaan sangat sedih dan kecewa”.
“Saya keluar PKR kerana dikhianati oleh ‘kartel YB’ dalam parti.
"Kerusi saya di Padungan ditukar dengan wakil DAP Voon Lee Shan di Batu Lintang pada saat-saat akhir, sekali gus menumpaskan 2 YB yang agak aktif yang bekerja keras untuk pengundi mereka.
“Bagaimanapun selepas sikap dan watak sebenar kumpulan ‘pembelot’ didedahkan dan mereka sama ada keluar parti atau dipecat, KEADILAN meminta saya kembali ke dalam parti bagi membantu pada waktu ia mengalami krisis dalaman,” katanya dipetik.
Dominique, yang juga merupakan presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) sementara itu berkata, beliau akan terus memperjuangkan hak negeri Sarawak.
“Hak Sarawak hendaklah dikembalikan kepada Sarawak.
“Saya berharap KEADILAN akan menjadi parti lebih baik, yang benar-benar memperjuangakan keadilan untuk rakyat,” katanya lagi sambil menegaskan beliau tidak mahu KEADILAN dimusnahkan bekas pemimpin parti itu yang kini tidak lagi bersama KEADILAN.
0 Comments