SEORANG Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (HARAPAN) membidas rancangan oentadbiran Muhyiddin untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) menangani kesan ekonomi akibat wabak Covid-19 hanya pada persidangan Dewan Rakyat Julai depan.
Kelvin Yii (DAP-Kuching) berkata RUU yang diluluskan oleh Dewan Rakyat kemudiannya perlu mendapat pengesahan oleh Dewan Negara yang tidak akan bersidang sehingga September.
Ia jelasnya tidak ada akta parlimen berkaitan dengan langkah bantuan akibat Covid-19 yang dapat menjadi undang-undang sehingga akhir September atau paling awal pada permulaan Oktober.
"Baru semalam, Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan mengumumkan hasrat pemerintah untuk membentangkan rang undang-undang untuk menangani kesan ekonomi akibat Covid-19 kepada rakyat.
"Inilah sebabnya mengapa saya merasakan kerajaan sekarang salah dalam memilih keutamaannya.
"Semasa mereka sibuk mengisi jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jawatan duta kkhas sebagai imbuhan politik, mereka sengaja menghindari parlimen walaupun banyak undang-undang penting untuk Covid-19 yang perlu diluluskan," katanya.
Sebelum ini, pemimpin pembangkang terutama dari HARAPAN menggesa seidang parlimen diadakan sekurang-kurangnya lapan hari, ia bagi membolehkan isu berkaitan Covid-19 dibincangkan.
Namun pentadbiran Muhyiddin pada 18 Mei lalu mengadakan sidang 1 hari bagi mendengar titah Yang Di-Pertuan Agong tanpa ada usul dibawakan ke dalam dewan.
Tindak balas lewat kerajaan
Susulan kelewatan itu, Yii berkata ini bermaksud rakyat Malaysia akan menghadapi wabak Covid-19 selama lebih dari setengah tahun tanpa undang-undang baru untuk membantu mereka.
"Sepanjang tempoh itu, hampir setahun, rakyat kita tidak mempunyai perlindungan undang-undang terhadap kesan ekonomi Covid-19. Kesan penyakit ini tidak akan menunggu sesiapa pun terutama kerajaan yang lambat bertindak balas," katanya.
Yii memberi contoh di Singapura pada awal April, kerajaan negara jiran itu meluluskan Akta (Langkah-langkah Sementara) bagi melindungi warganya daripada kesan ekonomi koronavirus baru itu.
"Semua ini dan banyak undang-undang lain sangat penting dalam tempoh ini. Ini bukan sahaja krisis kesihatan tetapi juga akan menjadi krisis ekonomi bagi banyak orang.
"Walaupun Kementerian Kesihatan telah melakukan tugas yang baik untuk mengawal penyebaran penyakit ini, tetapi nampaknya bahagian kerajaan yang lain lambat dalam melindungi rakyat daripada kesan ekonomi akibat virus tersebut," katanya.
Seorang peguam, Peguam Syahredzan Johan sebelum ini turut membuat kritikan serupa.
Tempoh empat bulan untuk usul berkaitan wabak itu dibawa ke Dewan Rakyat sebaik pelbagai tahap perintah kawalan pergerakan diumumkan tegasnya merupakan satu tempoh sangat lama dan mengambarkan sikap tidak serius kerajaan PN dalam isu tersebut.
"Ini memang biasalah (tipikal) kerajaan Muhyiddin-Azmin.
"Tidak ada langsung rasa keperluan mendesak apabila bersentuhan hal-hal rakyat. Tindakan segera hanya ditunjukkan dalam membuat pelantikan GLC," katanya.

0 Comments