SEBUAH kumpulan yang mewakili pemandu teksi mendakwa kira-kira 40,000 pemandu teksi belum menerima bayaran “one-off” RM600 disebabkan pelbagai alasan.
Presiden Gabungan Teksi SeMalaysia, Kamaruddin Mohd Hussain berkata antara alasan diberikan pihak berkuasa ialah kad perakuan yang dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat tamat tempoh.
Kamaruddin berkata alasan itu sukar diterima kerana pemandu masih boleh beroperasi secara sah selagi mempunyai lesen memandu, teksi dan Kenderaan Perkhidmatan Awam yang sah. Semua lesen itu dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Sementara itu, seorang pemandu teksi dikenali sebagai Hooi Poh Onn yang dipetik laporan FMT berkata, tidak adil untuk Kementerian Kewangan menafikan pemandu teksi daripada bantuan Prihatin disebabkan kad perakuan.
Beliau yang sudah 6 tahun menjadi pemandu teksi mendakwa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan telah menyebabkan pendapatannya berkurangan daripada kira-kira RM120 sehari kepada RM35.
“Saya sudah memperbaharui kad pemandu Apad saya dan membuat banyak rayuan, tetapi belum terima sebarang jawapan.
“Pemandu teksi bergelut kerana Covid-19, tetapi ada di antara kami tidak dapat bantuan ini kerana kesilapan kecil…tidak memperbaharui kad ini,” jelasnya.
Sementara itu, Kamaruddin berkata pihaknya kini sedang mengumpul maklumat pemandu teksi terbabit dan bercadang membuat rayuan mengenai perkara itu.

Pada minggu lalu, Kamaruddin kecewa apabila segelintir pemandu teksi di negara ini dinafikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dengan alasan mereka atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Aduan mengenai perkara itu jelasnya bukan sahaja disampaikan pemandu di semenanjung, tetapi juga di Sabah dan Sarawak.

0 Comments