DUA Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Klang, Selangor akan dilaksanakan segera dalam mengatasi masalah banjir di daerah ini.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek RTB Sungai Batu Enam, Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar itu akan menjadi rancangan jangka panjang penyelesaian banjir kilat di kawasan tersebut.
Sementara bagi rancangan jangka pendek, pihaknya akan meningkatkan kekerapan penyelengaraan sistem saliran kawasan tersebut sebagai solusi jangka pendek.
“Kejadian banjir berlaku di beberapa lokasi sekitar daerah ini melibatkan kawasan Pekan Meru dan Bandar Bukit Raja.
“Banjir tersebut disebabkan hujan yang sangat lebat dan berpanjangan melebihi tiga jam dan bertembung dengan air laut yang pasang,” katanya selepas membuat lawatan kerja sekitar Bandar Bukit Raja pada Selasa.
Hujan lebat berterusan pada pagi Ahad mengakibatkan sebahagian kawasan di Selangor dilanda bah sehingga mencetuskan panik.
![]() |
Langkah jangka pendek juga akan dilaksana |
“Dilaporkan sebanyak 50 hingga 100 buah rumah terjejas banjir dengan kedalaman 0.1 hingga 0.5m dan melibatkan perpindahan penduduk melibatkan 20 keluarga," tambah Nik Nazmi lagi.
0 Comments