TINDAKAN Ahli Parlimen Pembangkang menolak dan memboikot sesi perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 di Dewan Rakyat semalam dianggap sebagai mempunyai motif tersembunyi.
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, alasan diberikan pembangkang untuk tidak mewajarkan perbahasan itu kononnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka dakwanya cuba menutup kelemahan semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dari terbongkar kepada umum.
“Bila saya semak, memang terdapat tiga laporan dan ia merangkumi pelbagai perkara, salah satunya berkenaan perolehan yang dibuat oleh kerajaan ketika darurat.
“Ia mengenai perolehan Kementerian Kesihatan bagi tujuan membekalkan vaksin, ventilator, dan pelbagai perkara, banyak ketirisan dilaporkan berlaku,” katanya.
Terdahulu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang merupakan Ketua Whip pembangkang mendakwa LKAN tidak pernah dibahaskan di Dewan Rakyat dan berpendiri laporan itu tidak perlu dibahaskan.
"Kami (pembangkang) hujahkan bahawa... (laporan audit negara itu) hanya perlu dibentangkan saja di atas meja ahli-ahli parlimen dalam Dewan Rakyat dan ianya telah dilakukan 16 Feb 2023," kata ahli parlimen Kota Bharu itu yang kemudian menggesa usul tersebut dipersetujui tanpa perbahasan dijalankan.
Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul kemudian menegaskan Ahli Parlimen masih tertakluk kepada Perintah Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menetapkan urusan kerajaan menjadi keutamaan termasuk berkaitan perbahasan LKAN.
Laporan seperti itu sebelum ini dicetak dan diletak atas meja tanpa ada perhatian serius apa lagi dibahas.
Dalam pada itu, Rayer menyatakan rasa kecewa dengan sikap pembangkang yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan.
![]() |
Mengapa pembangkang enggan bahas LKAN? |
“Saya menjangkakan sebab pihak pembangkang tidak mahu turut serta dalam perbahasan ini adalah kerana risau tentang perkara-perkara yang bakal dibocorkan atau didedahkan dalam perbahasan ini,” katanya.
0 Comments