Guang Eng bakal saman pemfitnah


TINDAKAN
undang-undang bakal diambil keluarga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng terhadap penularan fitnah yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukti Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkata, langkah itu akan dilakukan susulan penularan berita fitnah yang dikaitkan dengan anak lelaki Setiausaha Agung DAP itu yang kononnya ditahan di Singapura.

Tambahnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri telah menyangkal dakwaan terbabit seperti dilaporkan media dan sehubungan itu Polis Diraja Malaysia di minta bersikap tegas terhadap penyebar berita palsu terbabit.

“Selepas krisis politik rampasan kuasa, kini Malaysia berhadapan dengan penularan berita palsu. Terbaharu, pihak tidak bertanggungjawab termasuk pemimpin UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) menularkan fitnah bahawa anak Guan Eng ditahan di Singapura.

“Dalam keadaan PN tak mampu menangani gelombang kedua COVID-19, ekonomi kian merundum dan kehilangan keyakinan rakyat terhadap kerajaan tidak mempunyai mandat, UMNO dan rakannya dalam Muafakat Nasional serta Barisan Nasional (BN) akan rancak menyebar fitnah, tuduhan liar dan berita palsu.

“Pemimpin Pakatan Harapan, terutamanya DAP akan menjadi mangsa politik kotor mereka.

Tujuan taktik jijik ini jelas iaitu untuk mengalih perhatian orang ramai daripada kepincangan dan ketidakstabilan kerajaan semakin ketara,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, laman facebook dikongsikan dengan petikan kononnya anak bekas Menteri Kewangan itu di tahan di itahan kerana membawa masuk wang kira-kira AS$2 juta tanpa pengisytiharan sah.


Steven Sim yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu menyifatkan penyebaran berita mengenai anak lelaki Guan Eng itu sebagai berita palsu bagi mengalih perhatian daripada kepincangan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
 

Post a Comment

0 Comments