Kanak-kanak maut dilanggar bapa sendiri


SEORANG
kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut dilanggar kenderaan dipandu bapanya.

Menurut laporan Sinar, kejadian tersebut berlaku di rumah dekat Ipoh kira-kira jam 4.35 petang semalam ketika bapanya yang berusia 51 tahun sedang mengundurkan keretanya untuk keluar rumah.

Mangsa dikenali Britthany Yong Weng Yee disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital akibat cedera parah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, maklumat kejadian itu diterima daripada pegawai perubatan sebuah hospital pada jam 6.35 petang.

"Siasatan awal telah dijalankan dan didapati ketika kejadian bapa mangsa mengundurkan keretanya kerana hendak menghantar anak sulung ke kelas tambahan lukisan.

"Kejadian ini kita klasifikasikan sebagai satu kecuaian hingga menyebabkan kematian," katanya.

Menurutnya, polis telah mengambil keterangan daripada bapa mangsa untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Pihak polis juga menurut Mohamad Nordin turut menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.

Post a Comment

0 Comments