Angka korban Covid-19 di Asia lepasi angka 10 ribu


ANGKA
kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) di Asia dilapor telah melepasi angka 10,000 pada Khamis.

Hampir separuh daripada kematian itu dilapor di China, menurut laporan AFP yang dikumpulkan dari sumber rasmi.

Bagaimanapun, dengan jumlah  10,001 kematian dan 269,025 jangkitan yang dilaporkan dalam tempoh itu, Asia dianggap mempunyai jumlah yang jauh lebih rendah daripada Eropah, yang mencatatkan 151,576 kematian, atau Amerika Syarikat dan Kanada dengan 79,328.

China yang secara rasmi mencatatkan 4,633 kematian hanya melaporkan satu kematian baru dalam tiga minggu terakhir, sementara negara-negara Asia yang paling teruk dilanda seterusnya adalah India dengan 1,783 kematian dan Indonesia, 930 kes.

Malaysia pula setakat ini mencatatkan jumlah jangkitan sebanyak 6,535 kes, dengan jumlah kematian sebanyak 107. Seramai 4,864 dilapor pulih setakat ini.

Sebagai rekod, virus itu telah membunuh 272 ribu orang di seluruh dunia , jumlah individu dijangkiti kini mencecah 4 juta orang dengan 1.31 juta sembuh.

Post a Comment

0 Comments