SEORANG atlet renang ditemuai mati di kediaman keluarganya di Tabuan Laru dekat Kuching semalam.
Ayrton Lim, 19, ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya kira-kira jam 12.30 tengah hari di ruang tamu kediaman mereka selepas selepas pulang dari menjemput seorang lagi anaknya di sekolah.
Pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Ayrton sebelumnya dilapor mengalami masalah kemurungan sejak tiga hari lalu.
![]() |
Aryton ditemui tidak sedarkan diri |
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani, berkata atlet itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang tiba di lokasi kejadian.
“Pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Mayat mangsa kemudian dibawa ke HUS untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.