Lori dihempap jejantas di Shah Alam [update]


SEBUAH
lori dilapor telah dihempap jejantas runtuh di Jalan Kebun, Shah Alam sebentar tadi.

Berdasarkan lintas langsung dari Sinar, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun itu telah menyebabkan pemandu lori terperangkap.

Ketika ini, anggota Jabatan Bomba dan Menyelamat Malaysia (JBPM) sedang berusaha mengeluarkan pemandu yang tersepit


Maklumat awal berkata, mangsa berada dalam keadaan selamat dan berkomunikasi dengan pasukan penyelamat.

Keadaan dilokasi kejadian insiden
Difahamkan, kejadian di jalan yang sedang dalam pembinaan itu tidak melibatkan kenderaan lain. Keadaan jalan pula dilapor basah.

Maklumat awal turut menyatakan pemandu lori berkenaan terlupa menurunkan bahagian belakang lori selepas menurunkan tar untuk pembinaan jalan berkenaan dan seterusnya melanggar sebahagian jejantas tersebut mengakibatkannya runtuh.

Bagaimanapun punca kejadian sebenar masih tidak diketahui, dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.

ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dilapor tiba ke tempat kejadian sebentar tadi.

Dalam perkembangan terkini, mangsa, seorang lelaki berusia 24 tahun berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut kira-kira jam 3.20 pagi tadi.


Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya berdepan kesukaran mengeluarkan mangsa yang tersepit kira-kira 3 jam susulan struktur jejambat yang tidak stabil.




Kerja-kerja menyelamat mangsa dijayakan antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), pengendali kren dan pihak berkuasa lain yang terlibat.

Mangsa telah dihantar ke ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi rawatan lanjut dan pemerhatian awal mendapati mangsa hanya mengalami kecederaan pada tangan dan pinggang tanpa ada pendarahan serius.

 

Post a Comment

0 Comments