SEORANG lelaki warga emas berusia 72 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta.
Dalam kejadian di Sik, Kedah, malam tadi, mangsa yang tidak dinamakan ditemukan berlumuran darah di atas jalan raya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Waja dengan motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang mangsa.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik bersama lapan anggota dan dua jentera dari BBP Sik kemudian digerakkan ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.40 malam
Tambah Mohamadul Ehsan, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

0 Comments