JUMLAH orang yang dijangkiti koronavirus melepasi 100,000 pada hari Jumaat
Agensi berita Rauters dalam laporannya turut melaporkan bagaimana penularan wabak itu yang mula dikesan hujung tahun lalu telah memberi kesan mudarat terhadap ekonomi.
Di London, Reuters melaporkan daerah Canary Wharf yang menjadi pusat kewangan Eropah kelihatan sepi, manakala HSBC meminta 100 kakitangannya untuk bekerja dari rumah selepas seorang pekerja positif Covid-19.
Di New York pula, firma perbankan JP Morgan membahagikan pasukannya antara lokasi pejabat pusat dan pejabat keduanya di New Jersey.
Langkah beberapa negara kuasa ekonomi utama termasuk Amerika Syarikat untuk mengurangkan kadar faedah dan menjanjikan berbilion-bilion dolar untuk memerangi wabak itu tulis laporan itu dijangka tidak banyak meredakan kebimbangan mengenai penularan wabak yang kini dilapor merebak di seluruh Amerika Syarikat.
Lebih 100,000 orang telah dijangkiti Covid-19 di lebih 85 negara, menurut kiraan Reuters berdasarkan kenyataan daripada kementerian kesihatan dan pegawai kerajaan seluruh dunia.
Di China, ebih daripada 3,000 kematiandirekodkan, manakala sekurang-kurangnya 148 orang maut di Itali, yang mengalami wabak terburuk di Eropah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia minggu ini berkata kira-kira 3.4 peratus kes koronavirus baru yang dikenali sebagai Covid-19 telah meninggal dunia, jauh melebihi kadar kematian selesema bermusim di bawah 1 peratus.
0 Comments