PERBINCANGAN mengenai pembentukan Perikatan Nasional telah dilakukan lebih awal, menurut bekas perdana menteri Najib Razak, menurut laporan Malaysiakini yang memetik Reuters.
Firma media antarabangsa berpusat di Kanada itu memetik kenyataan yang didakwa dikeluarkan Najib yang berkata,"perbincangan mengenai gabungan baru telah berlangsung selama berbulan-bulan."
Laporan itu turut menyebut, perancangan politik yang membawa kepada Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri telah bermula beberapa bulan dahulu dengan pengetahuan beliau yang juga pengerusi Bersatu.
Menurut Rauters lagi, rancangan itu pada awalnya menyasarkan untuk menyekat Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri, menurut ramai sumber yang memberitahu Reuters.
Salah satu sumber yang rapat dengan Muhyiddin dipetik Reuters berkata, "matlamat utamanya ialah untuk semua orang menghalang Anwar."
Bagaimanapun, perancangan itu tidak menjadi, kata sumber yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai pertukaran kerajaan tersebut kepada Reuters tetapi enggan dinamakan "kerana perkara berkenaan sensitif."
Berdasarkan rancangan asal, langkah menyekat Anwar ini dikatakan akan bermula selepas Sidang Kerjasama Asia Pasifik (Apec) di Kuala Lumpur pada November depan.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menjelaskan apa tujuan disebalik usaha menghalang Anwar menjadi perdana menteri itu perlu dilakukan.
Reuters juga melaporkan sumber tersebut sebagai berkata: "Muhyiddin dan Mohamed Azmin Ali, ketika itu anggota parti KEADILAN berhubung dengan pembangkang Umno dan PAS bagi meneroka kemungkinan peluang penjajaran (baru politik)."
Rauters yang cuba mendapatkan pengesahan daripada jurucakap Mahathir, Muhyiddin, Anwar dan Azmin bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan mengenai hal ini.
Malaysia baru-baru ini menyaksikan kemelut politik yang menyaksikan Dr Mahathir kehilangan kuasa kepada rakan dan sekutu rapat dalam partinya sendiri.

Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan perdana menteri selepas berlakunya kerjasama dengan Umno dan PAS serta sokongan individu yang keluar dari parti KEADILAN.
0 Comments