Usahawan kosmetik dituduh dera anak angkat


PIHAK
berkuasa Polis dilapor telah mengambil keterangan dari seorang usahawan kosmetik terkenal kerana didakwa memukul anak angkatnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pada Isnin (2 Mac) untuk memberi keterangan menurut laporan Bernama.

Usahawan itu yang tidak dinamakan didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Petaling Jaya bulan lepas.

"Polis juga mengambil keterangan empat saksi lain, bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat ini," kata Nik Ezanee menurut laporan itu.

Difahamkan, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Post a Comment

0 Comments