SETAKAT kini, jumlah kes positif koronavirus (Covid-19) di Malaysia mencatatkan 50 kes.
Malaysia kini dilanda gelombang kedua wabak itu dengansetakat 12 tengah hari Rabu (4 Mac), 14 kes baharu telah dilaporkan.
“Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua COVID-19 bermula pada 27 Feb.
“Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac, terdapat 28 kes positif COVID-19 iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya siang tadi.
Tambah Dr Noor Hisham, bagi gelombang kedua terdapat satu kluster yang melibatkan kes positif ke-26.
Kes positif ke-31 hingga kes ke-50 merupakan kontak rapat kepada kes positif yang ke-26, katanya lagi.
Lebih membimbangkan, berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang telah dijalankan sehingga kini terdapat sekurang-kurangnya 215 kontak rapat dengan individu positif ke-26.
“Daripada jumlah kontak rapat itu, 16 kes dikesan positif COVID-19, 19 adalah negatif dan 180 menunggu keputusan,” katanya Dr Noor Hisham dipetik bernama.
Semantara itu, KKM berharap semua pihak dapat bertenang dan sentiasa bekerjasama, dengan memberi maklumat yang tepat apabila dihubungi dan dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada individu postitif ke-26 terbabut.
“Semua pihak diminta tidak menularkan sebarang maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam,” katanya sambil berkata, pengumuman rasmi mengenai perkara ini akan menyusul dalam masa terdekat.
0 Comments