PIHAK berkuasa polis menyita 14 buah motosikal yang diubah suai tanpa kebenaran dalam Ops Bersepadu di Jalan Pantai Kelanang di Banting pada Ahad.
Turut dikeluarkan dalam operasi tersebut ialah 108 saman trafik atas pelbagai jenis kesalahan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat itu telah memeriksa seramai 102 orang dan 95 buah motosikal.
"14 buah motosikal jenis Modenas Kriss, Kawasaki RR, Yamaha 125, Yamaha 135LC, Honda EX5 dan Honda Wave disita atas kesalahan ubah suai.
"Kesalahan tiada cermin sisi paling banyak direkodkan dengan 19 saman diikuti cukai jalan (17), lesen memandu (16), tiada tampal pelekat L/P (15), ubah suai ekzos (8) dan selebihnya lain-lain kesalahan," katanya kepada dipetik laporan Sinar.
Selain itu jelasnya, pihak berkuasa turut mengeluarkan saman atas kesalahan memandu tanpa lesen adalah antara enam kesalahan utama selain tidak memakai tali pinggang keledar, tidak memakai topi keledar, langgar lampu isyarat serta memotong di garisan berkembar yang mana ia akan dirujuk terus kepada mahkamah.
Azizan turut berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi penguatkuasaan seperti itu dari masa ke semasa.
0 Comments