Kakitangan takaful Hong Leong terima rawatan


SEORANG
kakitangan Ibu pejabat takaful Hong Leong di Petaling Jaya disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.

Melalui satu kenyataan institusi kewangan itu berkata, kakitangan tersebut bertugas di Menara B, PJ City Development, itu mula menjalani kuarantin di rumah pada 2 Mac dan kini dirawat di sebuah hospital kerajaan.

Beberapa pekerja lain yang merupakan kontak langsung dengan pesakit itu juga menurut kenyataan itu telah menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai 2 Mac lalu.

Sementara itu, Hong Leong MSIG Takaful menjelaskan, bahawa langkah mitigasi awal dan keselamatan awam telah diaktifkan bagi mengelakkan pekerjanya menghadapi sebarang risiko, termasuk sanitasi menyeluruh di pejabatnya setiap hari.

“Penyahjangkitan dan pembersihan terperinci turut dilakukan di semua pejabat di Menara B pada 7 dan 8 Mac lalu, serta diperluaskan ke semua kawasan umum termasuk surau, kafetaria, tempat letak kereta, tandas dan lif, susulan garis panduan Kementerian Kesihatan.

“Berdasarkan garis panduan perubatan dan rasmi Kementerian Kesihatan, bangunan kami masih dibuka dan beroperasi seperti biasa.” kata kenyataan itu menurut laporan media.

Institusi perbankan itu juga kini dilaporkan menjalankan ujian saringan suhu di lobi, pengasingan lif akses dalam kumpulan tertentu dan pencegahan kemasukan rentas bangunan.

Setakat laporan ini disiarkan, 24 daripada kes dilaporkan di Malaysia telah sembuh sepenuhnya.

Post a Comment

0 Comments