SEORANG lelaki maut setelah motosikal berkuasa tinggi ditungganginya bertembung dengan sebuah lori.
Dalam kejadian di Kilometer 33.8 Jalan Raya Timur Barat dekat Gerik jam 4.30 petang, mangsa Sulaiman Suhaimi, 37 yangmenunggang motosikal jenis BMW dari Tanah Merah, Kelantan mati di lokasi akibat parah di badan.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang berkonvoi bersama rakan-rakannya dari arah Betong, Thailand ke Kelantan.
Menurutnya, lori yang dipandu lelaki berusia 37 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Puncak Titiwangsa ke Gerik.
“Apabila tiba di laluan berselekoh di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit.
“Akibat itu mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah, manakala motosikal ditunggangi rosak teruk,” katanya dipetik.
Susulan itu, mayat mangsa kemudian dihanyat ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat.

0 Comments