Pemuda Amanah anggap bekas ketua ‘pengkhianat’


TINDAKAN
seorang bekas Exco negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang mengumumkan meninggalkan Parti Amanah negara (Amanah), sekali gus meninggalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) semalam dianggap sangat mengejutkan.

Timbalan ketua pemuda parti itu, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, tindakan Hasnul meninggalkan parti itu bagi menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di Perak adalah perbuatan khianat dan dianggap sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap mandat rakyat.

“Kita berasa kecewa dan kita tidak boleh terima pengkhianatan ini. Sikap kita jelas, kita berprinsip walaupun kita menjadi pembangkang.

"Bagi Amanah perjuangan bukan sekadar jawatan atau berkaitan duniawi, paling penting prinsip,” katanya dipetik laporan FMT.

Sebagai rekod, Hasnul merupakan Adun Titi Serong. pada awal Mac lalu mengejutkan ramai apabila menangis teresak-esak dan tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa menurunkan gambarnya sendiri di pejabat exco. 

Ia susulan ketidaktentuan politik di negeri itu susulan kemelut politik yang melanda peringkat persekutuan.

Bekas Ketua Pemuda Amanah itu bersama dua lagi ADUN iaitu Paul Yong (Tronoh) dan A Sivasubramaniam (Buntong) mengisytiharkan keluar parti sebaik Perikatan Nasional mengisytiharkan pembentukan kerajaan Perak yang baru semalam yang kini dikuasai Bersatu,Umno dan PAS. 

Dalam pada itu katanya, Pemuda Amanah akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan tindakan seterusnya susulan keputusan Hasnul itu.

“Sehingga saat ini saya akan memimpin Pemuda Amanah. Kita kekal bersama HARAPAN dan kita akan teruskan perjuangan,” katanya.

Post a Comment

0 Comments