Kabinet terlalu besar, kurang penglibatan wanita.


SAIZ
Kabinet diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin 'terlalu besar' tegas Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN), jumlah menteri dan timbalan menteri yang dilantik hanya 56 orang berbanding jumlah 70 dibawah pentadbiran Muhyiddin.

Malah penglibatan kaum wanita menganggotai Kabinet baharu pula hanya 12.85 peratus berbanding HARAPAN yang mengiktiraf penglibatan wanita dalam pembangunan negara sebelum ini. 

"Ini satu yang dikesali selepas sehari sambutan Hari Wanita Sedunia.

"Tambahan saya rasa "the average age" Kabinet (baharu) ini kelihatan dianggotai oleh rata rata mereka yang berumur lewat 50-an iaitu sekitar 57 tahun.

"Apa pun bagi saya apa yang agak baik adalah keterlibatan mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau," kata di lobi Pusat Konvensyen Sime Darby Bukit Kiara sempena Program Pertahan Mandat Rakyat malam tadi.

Terdahulu, Warganet mempersoal jumlah lantikan menteri dan timbalan menteri yang terlalu ramai.

Ada antara mereka yang bimbang dengan perbelanjaan besar terpaksa dikeluarkan negara untuk membiayai gaji dan elaun golongan menteri dan timbalannya terutama ketika Malaysia belum pulih dari masalah kewangan dihadapinya.
 

Post a Comment

0 Comments