Kota Marudu dilanda gempa lemah


PENDUDUK di beberapa kawasan di Sabah mungkin merasa gegaran gempa awal pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebook mereka awal pagi tadi memaklumkan berlaku satu gempa bumi lemah di Perairan Kota Marudu pada jam 12.48 pagi tadi.

Hantaran di laman Facebook MetMalaysia
Jabatan Meteorologi menerusi kenyataan berkata, pusat gempa bumi yang bermagnitud 3.3 pada skala ricter itu terletak di 6.6° Utara dan 116.9 timur pada kedalaman 10 kilometer (km) berpusat di 22km Timur Laut dari Kota Marudu.

“Gegaran mungkin dirasai di Pitas, Kota Marudu dan Kudat.

Mereka sementara itu memaklumkan akan terus memantau keadaan ini.

Post a Comment

0 Comments