TIMBALAN Presiden Umno Mohamad Hasan mengaku ada rancangan dilakukan parti diwakilinya bersama PAS bagi mengganggu kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN).
Memetik laporan oleh Malaysiakini, Mohamad Hasan berkata ia antaranya rancangan PAS untuk melakukan undi percaya terhadap Dr Mahathir Mohamad dan menggagalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri.
"Itu sebabnya dalam mesyuarat kita katakan, PAS buat kenyataan, kita buat undi percaya kepada perdana menteri, kerana kita tau Anwar nak jadi perdana menteri.
"Undi percaya pada PM Mahathir, kita bubuh satu bom asap, tengok macam mana dia lari tengah malam atau pun tak.
"Zaman kita sekarang zaman pelik, memang pelik. Mana ada pembangkang nak undi percaya kepada perdana menteri. Pembangkang selalunya buat undi tak percaya, dia (HARAPAN) pening kepala," katanya.
Mohammad Hasan melalui laporan itu lagi berkata," Kita memang rancang begitu, supaya biar dia kelam kabut, dia dah syak wasangka antara satu sama lain. Itulah yang retakkan kedua-dua belah".
Pengerusikan jawatankuasa perundingan Muafakat Nasional (MN) itu berkata begitu ketika berucap kepada perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Pagoh pagi ini melalui video ucapan tersebut disiarkan oleh laman Facebook Umno Online.
Laporan Rauters
Sebelum ini, sebuah agensi berita antarabangsa, Rauters melaporkan perancangan politik yang membawa kepada Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri telah bermula beberapa bulan dahulu.
Rancangan itu pada awalnya menyasarkan untuk menyekat Anwar daripada menjadi perdana menteri, bagaimanapun sumber yang dipetik laporan itu berkata usaha tersebut bagaimanapun gagal.
Dalam laporan tersebut juga, Reuters memetik sumber itu berkata,"Muhyiddin dan Mohamed Azmin Ali, ketika itu anggota parti KEADILAN berhubung dengan pembangkang Umno dan PAS bagi meneroka kemungkinan peluang penjajaran (baru politik)"

0 Comments