Kereta terbakar dirempuh dari belakang


SEORANG
lelaki berdepan detik cemas apabila  kereta dipandunya terbakar selepas dirempuh dari arah belakang.

Dalam kejadian di Kilometer 264.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara mangsa Yang Saiful Ferdaus Omar Khan, 44, yang memandu kereta jenis Proton Satria Neo dalam perjalanan ke Shah Alam, Selangor.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan Mohd Syazwani Saidy, sepasukan anggota bomba digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima maklumat itu.

"Mangsa bagaimanapun sempat keluar dari kereta untuk selamatkan diri. Bomba mengambil masa 10 minit untuk memadam kebakaran.

"Mangsa hanya mengalami sakit dada dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini untuk rawatan manakala kenderaannya terbakar 80 peratus," katanya dipetik.

Difahamkan, mangsa perjalanan dari Sikamat menuju ke Seksyen 13 Shah Alam, Selangor untuk mengambil barang.

Sebaik tiba di lokasi, kereta yang dipandu di lorong kedua kiri dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Myvi lalu berpusing dua kali sebelum bahagian enjinnya terbakar.

"Pemandu Perodua Myvi lelaki berusia 34 tahun pula tidak cedera dan ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Rasah di sini.

"Kereta dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar kereta dipandu mangsa sebelum terbabas ke pembahagi jalan," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments