HARAPAN Johor mohon sidang khas DUN


WAKIL
Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor dilapor telah menyerahkan surat ke pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu semalam.

Ia bagi memohon satu sidang khas susulan perkembangan terbaharu di negeri itu baru-baru ini.

Penyelaras HARAPAN Johor Aminolhuda Hassan yang dipetik media berkata, permohonan untuk memanggil sidang khas itu adalah bagi menentukan sokongan yang diterima oleh Menteri Besar Johor Hasni Mohammad dalam membentuk kerajaan negeri baru.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan surat itu ke pejabat Speaker DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini.

Selain Aminolhuda, pemimpin HARAPAN Johor yang menemani turut hadir bagi menyerahkan surat tersebut ialah  timbalan pengerusi KEADILAN Johor yang juga Adun Bukit Batu Jimmy Puah Wee Tse; timbalan pengerusi Amanah Johor yang juga Adun Kota Iskandar Dzulkefly Ahmad dan ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor yang juga Adun Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali.

Post a Comment

0 Comments